Ahad, 10 Ogos 2008

Majlis Israk & Mikraj telah diadakan di SK.Kampong Delima pada 31 Julai 2008 yang lalu. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dibawah kelolaan Ustaz Rukman Sidek ini telah berlangsung dengan jayanya. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad b. Ayub dari Institut Pendidikan Guru Kota Bharu Kelantan telah berjaya menarik minat murid-murid yang terdiri dari murid Pra Sekolah sehingga Tahun Enam. Jurugambar Album Wawasan Sekolah iaitu Cikgu Rubaidullah b.Mat tidak putus-putus merakamkan gelagat interaksi antara penceramah jemputan dengan murid. Majlis yang berakhir pada jam 1.00 tengahari itu diakhiri dengan jamuan untuk murid-murid dan tidak terkecuali jamuan laksa untuk guru.